Khamis, 15 Mei 2014

Syukuri Pemberian Ilahi



 

Ammar Mikhail Bin Adnan

Alhamdulillah pada tanggal 09. Mei. 2014 lahirnya seorang lagi anak buah di atas muka bumi ini. Itulah antara tanda kebesaran dan keagungan Allah Swt. Pada kesempatan yang ada ini, mudah-mudahan dengan coretan ini yang punya anak yang baru lahir wabil khusus, didiklah anak-anak anda dengan cara Islam, saya mendoakan anak-anak anda menjadi anak yang soleh dan solehah. Bermacam-macam cara dan kaedah dalam mendidik mereka. Ingat! Ibu bapalah yang mewarnai mereka sama ada baik atau menjadi seorang yang sebaliknya.

Hadirkan rasa syukur itu ikhlas dari hati kita agar Allah Swt sentiasa menambah rezeki buat kita. Mungkin rezeki itu boleh jadi dari segi di kurniakan anak, di mudahkan jalan hidup dan lain sebagainya. Orang yang dekat kepada Allah Swt dia sentiasa bersykur kepadaNya dan mensyukuri nikmat apa saja itulah hakikat kesyukuran.

Anak yang di didik dengan baik pasti di saat menjelang dewasa akan menjadi seorang anak yang berguna, taat pada perintah Allah Swt, RasulNya, Orang Tuunya dan orang sekelilingnya. Jadikan anak kita itu sebagai aset untuk kita masuk ke syurga Allah Swt. Semua ibu bapa pasti menginginkan anak-anak mereka agar menjadi pintar, bijak, rajin pokoknya yang baik-baik semuanya. Jangan pernah hadir dalam hati kita bahawa anak-anak itu menyusahkan kita, rezeki menjauh. Padahal hakikatnya dengan memperoleh anak yang banyak itu sebenarnya rahmat dan rezeki Allah Swt menjadi semakin luas.

Jangan lupa kepada ibu bapa di sana agar baik selepas solat mahupun yang lainnya berdoalah kepada Allah Swt agar anak menjadi seorang yang berguna. Ingat! Doa adalah senjata orang-orang mukmin. Dalam Al-Qur’an ada dinyatakan ayat-ayat tentang berdoa antaranya ialah :
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (Surah As-Shafaat :100)
Tiada alasan bagi sang ibu dan ayah dalam berdoa. Mungkin ada yang menghadirkan bahawa dia tidak boleh berdoa dalam bahasa arab. Tidak menjadi masalah kita berdoa selain daripada bahasa arab sebenarnya. Islam itu indah dan mudah, janganlah kita mempersulitkannya.
Akhirnya buat mereka yang bergelar ibu dan ayah. Wabil khusus kakak Nurliah Munih yang kini bergelar seorang ibu, bersama pasangannya semoga di muliakan oleh Allah Swt iaitu abang Adnan Jusoh semoga kalian dapat mendidik anak kalian dengan sebaiknya. Saya sebagai seorang (pakcik), hanya mampu mendoakan agar anak kalian yang bernama Ammar Mikhail bin Adnan menjadi seorang yang sentiasa taat pada perintah Allah Swt dan tidak melawan cakap anda. Semoga menjadi seorang anak yang berguna kepada agama, bangsa dan dapat bersama-sama dalam menyebarkan dakwah Ilallah di mana sahaja berada, dipermudahkan urusan apa lagi di saat ingin mendekatkan diri kepada Allah Swt. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.  
Wallahu a'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan