Mutiara Qaseh binti Firmanshah |
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan
Penyayang. Meyakini Allah itu wujud tanpa bertempat adalah salah satu pegangan
mereka yang berpegang pada akidah Ahlussunnah Wal Jamaah. Alhamdulillah sekali
lagi Allah Swt telah menganugerahkan seorang cahaya mata kepada kakak saya
bernama Anisah Munih bersama suami tersayang dan semoga di muliakan oleh Allah
Swt iaitu Firmanshah. Mutiara Qaseh binti Firmanshah nama di beri yang lahir
pada 16. Mei. 2014 dengan izin Allah Swt akan menjadi seorang anak yang taat
pada perintah Allah Swt, RasulNya, orang tuanya dan juga yang berada di
sekelilingnya. Aamiin.
Ketahuilah bahawa setiap kurniaan Allah Swt
pasti ada hikmahnya tersendiri dan di kurniakan anak itu juga pasti ada
hikmahnya yang besar di sisi Allah Swt. Syukurilah nikmat itu dan bergembiralah
dengan kehadiran sang anak. Dengan didikan dan asuhan yang baik daripada orang
tuanya in shaa Allah anak itu akan berguna buat kita semua.
Didiklah dan cintailah anak itu dengan
sebaiknya menurut landasan yang benar dan tidak terpesong dari akidah yang
sebenarnya. Akidah yang mesti kita kuatkan dalam diri setiap anak kita itu
ialah Akidah Ahlussunnah Wal Jamaah Al-Asy’ari wal Maturidi. Inilah akidah yang
benar dan peganglah ia ketat-ketat dan gigitlah ia seumpama kita menggigitnya
dengan gigi geraham.
Anak yang baru lahir itu adalah seperti
kain putih yang sangat putih berseri dan ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama
ada cantik atau sebaliknya. Dekatkan sentiasa anak itu kepada sang Pencipta
agar tidak mudah menjauhi diri dariNya. Allah Swt sangat suka pada hambaNya
yang sentiasa mengingati dan mendekatkan diri padaNya.
Tiap pemberian Allah Swt sangat luas dan
mensyukurinya adalah salah satu hakikat keyukuuran. Panjangkan rasa syukur itu
tidak kira di saat kita berbuat apa pun kerana siapa yang sentiasa hadirkan
rasa syukur dalam hatinya pasti Allah Swt yang Maha Kaya akan memberikan rezeki
buat kita.
Akhirnya, semoga anak yang baru dilahirkan
itu dapat membantu agama Allah Swt di saat senang mahupun susah, di saat kaya
mahupun miskin kerana agama Allah Swt apabila kita membantunya Allah Swt akan
memudahkan jalan hidup kita dan yakinlah Allah Swt tidak pernah mengingkari
janjiNya.
Wallahu a’lam..