Sabtu, 17 Mei 2014

Anak Aset Ke Syurga


Mutiara Qaseh binti Firmanshah



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Meyakini Allah itu wujud tanpa bertempat adalah salah satu pegangan mereka yang berpegang pada akidah Ahlussunnah Wal Jamaah. Alhamdulillah sekali lagi Allah Swt telah menganugerahkan seorang cahaya mata kepada kakak saya bernama Anisah Munih bersama suami tersayang dan semoga di muliakan oleh Allah Swt iaitu Firmanshah. Mutiara Qaseh binti Firmanshah nama di beri yang lahir pada 16. Mei. 2014 dengan izin Allah Swt akan menjadi seorang anak yang taat pada perintah Allah Swt, RasulNya, orang tuanya dan juga yang berada di sekelilingnya. Aamiin.

Ketahuilah bahawa setiap kurniaan Allah Swt pasti ada hikmahnya tersendiri dan di kurniakan anak itu juga pasti ada hikmahnya yang besar di sisi Allah Swt. Syukurilah nikmat itu dan bergembiralah dengan kehadiran sang anak. Dengan didikan dan asuhan yang baik daripada orang tuanya in shaa Allah anak itu akan berguna buat kita semua.

Didiklah dan cintailah anak itu dengan sebaiknya menurut landasan yang benar dan tidak terpesong dari akidah yang sebenarnya. Akidah yang mesti kita kuatkan dalam diri setiap anak kita itu ialah Akidah Ahlussunnah Wal Jamaah Al-Asy’ari wal Maturidi. Inilah akidah yang benar dan peganglah ia ketat-ketat dan gigitlah ia seumpama kita menggigitnya dengan gigi geraham.

Anak yang baru lahir itu adalah seperti kain putih yang sangat putih berseri dan ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada cantik atau sebaliknya. Dekatkan sentiasa anak itu kepada sang Pencipta agar tidak mudah menjauhi diri dariNya. Allah Swt sangat suka pada hambaNya yang sentiasa mengingati dan mendekatkan diri padaNya.

Tiap pemberian Allah Swt sangat luas dan mensyukurinya adalah salah satu hakikat keyukuuran. Panjangkan rasa syukur itu tidak kira di saat kita berbuat apa pun kerana siapa yang sentiasa hadirkan rasa syukur dalam hatinya pasti Allah Swt yang Maha Kaya akan memberikan rezeki buat kita.

Akhirnya, semoga anak yang baru dilahirkan itu dapat membantu agama Allah Swt di saat senang mahupun susah, di saat kaya mahupun miskin kerana agama Allah Swt apabila kita membantunya Allah Swt akan memudahkan jalan hidup kita dan yakinlah Allah Swt tidak pernah mengingkari janjiNya.

Wallahu a’lam..

1 ulasan:

  1. Anak anugerah dr Allah..didik la mereka dgn cara islam...insyaallah mereka menjd saham kita di akhirat kelak..amin..♡

    BalasPadam