Berkata Abu Murrah
Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam!
Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di
akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini
menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah
Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan
manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang
dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha.
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya
dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW
telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ;
supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku
tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan
berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)
Dalam riwayat yang lain
Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi
lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap
tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu
sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua
rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang
Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang
maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang
lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga
sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun
seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik
Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa
yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah
baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha
ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari
tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan
panas terik.
Cara menunaikannya pula
adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu
salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.
Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil
yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat
rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad,
Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang
lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang
sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang
lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak
empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa
yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut,
barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada
orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak
dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak
ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada
hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada
hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa
mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan