Khamis, 1 Mei 2014

Bersama Buya Yahya dan KH M. Muhyiddin Abdul Qadir (Seminar Nasional Aswaja di Masjid Ikomah Uin Bandung)





Alhamdulillah pada hari ini kita masih bertemu dengan guru mulia kita iaitu Buya Yahya. Beliau adalah seorang Pengasuh LPD al-Bahjah, Cirebon. Dan kita juga berkesempatan berhadapan dengan KH. M. Muhyiddin Abdul Qadir. Syukur kepadaNya karna kita masih diberi peluang untuk mendengar penjelasan dari mereka berkenaan "Optimalisasi Nilai-Nilai Keaswajaan Upaya Mewujudkan Generasi Muda Yang Agamis dan Akademis". 
Apa yang bisa saya kongsikan hari ini berkenaan seminar tadi, mari kita rujuk semula apa yang di sampaikan oleh Buya Yahya kepada kita:
"Sebanyak manapun amal seorang hamba tapi tidak beraqidah yang benar maka amalnya di tolak. Aqidah ada ciri-cirinya iaitu mayoritas umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah."
Beliau juga menjelaskan dalam mencari calon Suami atau Istri itu harus di lihat kepada 5 perkara ini :
1)  Islam aqidahnya
2) Ahli Sunnah Wal Jamaah
3) Pengikut Imam Al-Asy'ari dan Maturidi
4) Ahli Tasawwuf
5) Bermazhab

KH M. Muhyiddin Abdul Qadir juga ada menjelaskan dalam seminar itu bahwa:
"Pokok segala pokok adalah Islam. Ahli Sunnah adalah Ahli Sunnahnya Rasulullah Saw. Sunnah Nabi merupakan syarah, penjelas, aplikasi seluruh yang di isyaratkan oleh Allah di dalam Al-Quran. Siapa tidak mengikuti aturan hidup Nabi Muhammad Saw itu bukan Ahli Sunnah!"

Wallahu a'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan