Pulau Keniogan adalah satu pulau yang terdapat di daerah Beluran, Sabah.
Alhamdulillah penduduk yang mayoritasnya adalah bersuku kaum bajau dan masih
berpegang teguh pada aqidah yang benar Ahlussunnah Wal Jama’ah al-asy’ari wal
maturidi. Sehingga kini Kampung Pulau Keniogan adalah penduduk yang menegakkan
dan meneruskan perjuangan aqidah yang benar berlandaskan al-qur’an, as-sunnah,
ijma’ dan qias. Pulau yang mempunyai seorang ketua kampung yang adil kepada
rakyatnya dan senantiasa membantu rakyatnya iaitu Datuk Hj Madlis Bin Azid @
Aziz.
Datuk Hj Madlis Hj Abdul Aziz |
Dalam mengajak berdakwah bukan saja dari segi lisan, berpakaian tetapi
melalui perbuatan itu juga merupakan dakwah Islamiyah. Dalam meneruskan dakwah,
penduduk kampung kini ada memperkenalkan yang namanya Ya Hana Na artinya
alangkah beruntungnya kami. Di dalamnya itu banyak menyebut dan memuji kepada
Sayyidina Rasulullah Saw dan salah satu dakwah melalui seni iaitu dengan
menggunakan bermacam-macam alat permainan. Kalau menyebut tentang Qasidah
memang zaman Rasulullah Saw tidak pernah buat dan tidak heran kalau ada
sekelompok umat Islam (bukan di kalangan penduduk kampung) yang mengatakan
bahwa itu adalah bid’ah!. Ini secara peribadi saya tidak bersetuju karna
tidak semua yang Rasulullah Saw tidak buat itu bid’ah!.
Apa yang penting adalah sekiranya kita tidak suka kepada Qasidah dan
lain sebagainya tidak mengapa tapi jangan coba-coba menghalang seseorang dalam
melakukan amal kebaikan. Apa yang saya suka dan bangga dengan anak-anak di
Pulau itu sehingga kini masih meneruskan dalam memperkenalkan Islam melalui
Qasidah. Menyebut tentang bid’ah pula harus di ketahui kalau menelusuri dalam
arti bahasa bid’ah adalah “mengadakan sesuatu tidak menurut contoh”.
Manakala dari segi istilah syara’ harus melihat pada pandangan ulama’ seperti
Imam Al-Jalil, Imam As-Syafie mengatakan bahwa, “bid’ah itu dua jenis,
yang dipuji dan dikeji, apa yang selaras dengan sunnah itu maka ia dipuji dan
jika bertentangan ia adalah di keji.” Dalam penjelasan tentang bid’ah
telah saya jelaskan sebelum ini.
Di sini saya berani katakan bahwa berQasidah itu termasuk dalam bid’ah
hasanah(baik) yang bagus untuk di amalkan. Sarana saya kepada penduduk kampung
khususnya Pulau Keniogan teruskan dalam berQasidah dan lebih baik tambahkan
lagi selain berQasidah, bertahlil, mengadakan rattib haddad
dan sebagainya. Sekiranya kita punya dalil dalam pengamalan usah khawatir karna
selagi ada perintah dalam al-qur’an, hadits, ijma’, qias dan lain-lain itu
masih boleh beramal dengannya. Jangan kita mudah tertipu dengan mereka yang
gampang mengatakan bahwa Qasidah itu sesat, semoga kita jauh dari pernyataan
itu.
Justeru, saya juga selaku salah seorang penduduk kampung Pulau Keniogan
yang berada jauh dari Pulau in shaa Allah dengan ilmu yang sedikit ini akan di
kongsikan bersama di saat tiba di kampug nanti. Saya juga berharap agar
semuanya jangan berputus asa dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Banyak cara
dan kaidah yang digunakan, apa yang penting pokoknya dakwah itu sampai ke hati
kita semua. Kepada Ketua Kampung bimbinglah kami anak-anak kampung ini dalam
usaha melakukan banyak lagi aktiviti-aktiviti agama dan menjadi satu Pulau yang
senantiasa rahmat Allah mencurah ke situ. Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.
Wallahu a’lam..
Terbaik adikku♡♡
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam